Monday, 29 May 2017

ramadhan kali ini.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

:)
haruslah memulakan penulisan dengan senyuman. kiki.
lama jugak la aku tak jenguk blog.
rindu.

its ramadhan now guys. cepat sangat masa berlalu. dah habis 5 tahun setengah belajar. sempat menganggur hampi ke enam bulan. sempat kerja sebulan. sempat duduk jadi anak paling manja-gaduh-paling harap dengan mak ayah, pastu dapat khabar dipostingkan ke Selangor. dan hampir sebulan kini bergelar pendidik. Alhamdulillah. semua tu rasa macam lambat ja masa sedang melaluinya. tapi bila dah berlalu rasa "weyhhh, dah selesai ke?"
kurang lebih macam tu lah.

title pun sikit lagi nak berubah. kurang sebulan dari sekarang. pun cepat jugak tu walaupun pada mulanya rasa lambat. 3-4 bulan lepas tak rasa debaran sebab rasa aku nak kawen dengan kawan yang aku kenai kot. apa hal kan. rupanya tak. debaran terasa jugak. sebab kita cuma kenal surface dia. belum makan sepinggan, tidur sebantal dan sehidup semati dengan dia. dan sudah tentulah semua tu kena mengikat akad terlebih dahulu, baru kenal dengan lebih lagi. inshaaAllah.

dan Ramadhan kali ini pun mungkin Ramadhan yang terakhir sebagai orang bujang. next year inshaaAllah dah tak boleh ikut suka nak melantak apa time iftar sebab ada family kat tempat merantau, dah tak boleh bangun lewat lepas dah solat subuh (hihihi), dah tak boleh teguk ayaq kosong + kurma ja time soq, nak tak boleh beria nak balik rumah pida dah setiap kali selepas cuti, dah tak boleh taraweh kat kampung sendiri sepanjang cuti kalau berkesempatan, dah tak boleh sembang-sembang santai dengan mak time nak masak pepetang merewang dengan ayah kat bazaar, dah tak boleh harap orang kat rumah pida ni belikan baju raya dah, dah tak boleh ribut dengan langsir sapa nak basuh apa segala dah. dan yang paling sedih ada giliran raya.

hahahaha.
list sedih aku macam kena hantaq pi perang.

tapi Alhamdulillah. at least, bakal suami orang dekat, kenal hati budi, dah kenal family, tanggungjawab boleh kongsi, dapat family baruuuu, ada tanggungjawab baru dan semua benda boleh kawtim inshaaAllah.

so hazaf la kot list sedih2 atas tu.
#mohontabah
#sissado

Ramadhan ni lah Ramadhan terakhir aku untuk menjadi gila-gila kali terakhir time raya. entah-entah lepas ni kalau aku bagi menu time hari raya pun masuk list paling hujung agaknya sebab dah berlaki. hahaha. mungkin Syawal kali ni jugak Syawal yang last untuk dapat duit raya. atau tak dapat terus sebab dah kerja. =_=
dah la tahun lepas lagi dah start bagi duit raya ke 6 little monsters tu, kali ni tak dapat pulangan tapi dapat hadiah paling rare. haishhh. hahaha. sori. harap tak baca memandangkan sibuk dengan Checklist Ramadhan.

dan paling takut sekali, mungkin 29 Ramadhan nanti mak suruh aku tolong mak balut ketupat.
ni kena cakap siap-siap dengan bakal suami.
"saya tak pandai balut ketupat. ketupat saya balut semua jadi ketupat betina."


apapun, harapnya Ramadhan kali ini, semoga yang bermanfaat buat kita semua. selamat mengharung lapar dan dahaga disiang hari dengan penuh ketakwaan dan pengharapan.


 “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan keimanan dan niat yang baik, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari)

No comments:

Post a Comment